Saturday, October 1, 2011

Bah besar landa Asia

KOMBINASI gambar di atas menunjukkan keadaan banjir yang serius di beberapa negara Asia berpunca daripada musim hujan sejak sebulan lalu dan disebabkan taufan Nesat yang melanda Filipina dan China.
KOMBINASI gambar di atas menunjukkan keadaan banjir yang serius di beberapa negara Asia berpunca daripada musim hujan sejak sebulan lalu dan disebabkan taufan Nesat yang melanda Filipina dan China.
  • Lebih 1,000 korban banjir
  • Taufan Nalgae menuju Filipina
    HANOI: Tujuh negara Asia ketika ini dilanda banjir besar termasuk Thailand, Kemboja, Vietnam, Filipina, India, Pakistan dan China, berikutan musim hujan sejak sebulan lalu selain ada negara baru dilanda taufan dengan angka korban lebih 1,000 orang.Jumlah korban banjir di Thailand setakat ini 188 orang, 150 lagi maut di Vietnam dan Kemboja manakala sekurang-kurangnya 43 maut di Filipina. Bilangan kematian akibat banjir lebih besar di Pakistan iaitu 430 manakala India, angkanya mencapai 335.

    Di Thailand, Jabatan Bencana mendedahkan angka kematian itu sejak ribut tropika melanda lewat Julai lalu dengan hampir dua juta orang terjejas disebabkan banjir serta lumpur runtuh selain 122 jalan raya tenggelam.

    Di Chiang Mai, hujan lebat di bandar kedua terbesar Thailand itu menyebabkan air Sungai Ping melimpah menyebabkan stesen kereta api tenggelam sekali gus menjejaskan perkhidmatan. Hujan diramal berterusan hujung minggu ini.

    Di Kemboja dan selatan Vietnam, ramai terkorban disebabkan banjir terburuk sepanjang Sungai Mekong dalam tempoh 11 tahun, menghanyutkan jambatan, menenggelami kediaman dan memaksa beribu-ribu penduduk berpindah.
    Keadaan mungkin lebih teruk lagi jika taufan Nesat yang membawa banjir dan menyebabkan lumpur runtuh membunuh 39 orang di China minggu ini, menyebabkan Sungai Mekong melimpah.

    Nesat turut menyebabkan air naik di selatan Pulau Hainan dan memaksa lebih 300,000 penduduk keluar dari rumah, lapor Xinhua.

    Lembah sungai Mekong menghasilkan lebih separuh daripada beras di Vietnam dan banjir menyebabkan harganya meningkat hingga paras tertinggi minggu ini dan ramai juga maut di Kemboja disebabkan banjir kilat.

    Taufan Nesat yang menyebabkan banjir besar di Manila menyebabkan kerosakan bernilai AS$91 juta (RM282 juta) ketika taufan Nalgae pula menuju utara Filipina.

    Sementara itu, penternak udang dan ikan di Vietnam turut dipindahkan ke kawasan utara dan tengah selepas angin kencang sehingga mencapai 210 kilometer sejam.

    Di Patna, India, beratus-ratus lagi terbunuh kerana banjir menyebabkan pihak berkuasa berusaha menghantar makanan selain memindahkan penduduk ke tempat selamat. Pihak berkuasa meningkatkan usaha menghantar bantuan ketika memindahkan penduduk yang terkandas akibat banjir.

    Apabila hujan reda, barulah helikopter tentera dapat menggugurkan bungkusan makanan manakala beratus-ratus bot lagi berusaha memberi bantuan kepada hampir 100,000 orang yang terkandas di 1,300 perkampungan di negeri Orissa,” kata Pesuruhjaya Khas Bantuan, Prabitta Mohapatra.

    Kerajaan negeri Orissa dilaporkan bakal kerugian berjuta dolar memaksanya meminta bantuan kerajaan pusat AS$726 juta (RM2.25 bilion) untuk menangani banjir.

    Di Pakistan, musim hujan tahun ini yang bermula awal Ogos lalu menyebabkan air naik di sebahagian besar wilayah Sindh yang belum pulih daripada bah setahun lalu menyebabkan tujuh juga penduduk terjejas.
  • No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan Komen Anda Sini: