
“Kemudahan menjalankan perniagaan, termasuk kos menjalankan perniagaan yang perlu kompetitif berbanding dengan negara lain. Oleh itu, kita berharap untuk melihat beberapa inisiatif dan insentif sedemikian dimasukkan ke dalam belanjawan esok (hari ini),” kata Mukhriz selepas merasmikan Karnival Halal dan Simposium Perniagaan dan Kewangan Islam Antarabangsa di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, semalam.
Beliau juga menjangka belanjawan dibentangkan di parlimen hari ini, akan menangani masalah akses kepada pembiayaan, yang dihadapi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana mereka menyumbang peratusan yang besar ke arah ekonomi negara.
“Jika kerajaan mengumumkan formula betul (untuk membantu PKS mendapatkan pembiayaan), saya berpendapat sumbangan PKS ke arah ekonomi negara akan tentunya sangat besar,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: