
Sejak model itu dilancarkan di Jakarta Jun lalu, PT Proton Edar Indonesia menjual semua 350 unit dalam stoknya dan 200 unit dipesan pelanggan sejak Ogos hanya dapat diserahkan kepada pembeli bulan ini.
Pengurus Besar Pemasaran Proton Edar Indonesia, Mazlan Mohd Zain berkata, jaminan belian balik oleh Proton, harga yang kompetitif berbanding model sejenis dari jenama lain serta sokongan institusi kewangan dalam bentuk tawaran skim pinjaman menarik, membantu meningkatkan jualan Exora di Indonesia.
“Jaminan belian balik Proton mendorong syarikat kewangan menawarkan jumlah pinjaman lebih besar kepada pelanggan dan mereka kini cuma perlu membayar wang pendahuluan antara 15 dan 20 peratus daripada harga kereta,” katanya di Jakarta Indonesia.
Dengan kadar faedah 5.0 hingga 7.0 peratus, pembeli kereta Proton turut menikmati kemudahan ansuran bayaran balik pinjaman dalam tempoh lima tahun.
Sebelum ini, pembeli perlu membayar wang pendahuluan antara 30 dan 40 peratus dan ansuran pinjaman perlu dilunaskan dalam tempoh tiga tahun dalam kebanyakan kes atau maksimum dalam masa empat tahun.
“Sejak April lalu, kami menjual 2,500 unit kereta Proton pelbagai model dan 60 peratus daripada jualan itu ialah model Exora,” katanya.
Syarikat itu menyasarkan untuk menjual 1,500 unit model Exora untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: