Saturday, October 8, 2011

MAS tawar akses VIP untuk pemegang MasterCard

Malaysia Airlines menawarkan peluang hebat kepada pemegang MasterCard untuk menghadiri pertandingan golf berprestij di Malaysia dan Asia Pasifik, CIMB Asia Pacific Classic Malaysia.

Syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan berkata, pelanggan perlu membeli tiket Malaysia Airlines dengan MasterCard mulai 6 Oktober sehingga 17 Oktober 2011 untuk layak menerima pas eksklusif.

Hadiah utama dimenangi, pas pemerhati khas yang membolehkan pemegang kad mengiringi pemain golf pro sepanjang permainan 18 lubang.

Ini termasuk jemputan untuk suite hospitaliti VIP dan dapat bergaul dengan pemain golf seperti Stewart Cink dari Amerika Syarikat (AS), Angel Cabrera (Argentina) dan juara bertahan Ben Crane (AS).

Selain itu, pemegang kad bertuah berpeluang menerima satu daripada enam pas VIP dan enam belas pas akses.

Naib Presiden Kanan Serantau (Jualan Malaysia) Malaysia Airlines, Azman Ahmad berkata, syarikat penerbangan itu akan terus bekerjasama dengan Mastercard dalam usaha sama untuk mempamerkan produk dan memberi ganjaran kepada pelanggan.

Selain keistimewaan golf eksklusif ini, Malaysia Airlines dan MasterCard akan menyediakan peluang percutian mewah kepada pelanggan.

CIMB Asia Pacific Classic Malaysia, kejohanan golf terbesar di Asia Tenggara menampilkan 48 pemain termasuk 30 dari PGA Tour, 10 dari Asian Tour dan dua rakyat Malaysia.

Malaysia Airlines adalah satu daripada enam penaja eksklusif kejohanan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: