Tuesday, October 25, 2011

MAHB gigih tingkat pendapatan



Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan pendapatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu pada masa hadapan.

Pen Menurutnya, penggunaan dana di mana peruntukan asal perbelanjaan mengurus 2010 adalah sebanyak RM138.28 bilion, namun ditambah sebanyak RM10.78 bilion menjadikan keseluruhannya RM149.06. gerusi MAHB, Tan Sri Dr Aris Othman berkata, pihaknya merancang mempelbagaikan sektor ekonomi pengendali operasi lapangan terbang itu antaranya seperti membangunkan tanah kosong miliknya.

“Hotel Pan Pacific di KLIA ini pun adalah salah satu bisnes kami, jadi bagi masa depan kami mahu membangunkan tanah milik kami untuk meningkatkan pendapatan kami, mungkin dengan membina cawangan kilang, bilik pameran atau taman hiburan.

“Sememangnya kami mempunyai rancangan membangunkan kawasan tanah milik MAHB,” katanya selepas majlis penyerahan anugerah Khidmat Setiap Warga Kerja Malaysia Airports di Sepang.

Seramai 286 warga kerja Malaysia Airports yang telah berkhidmat selama 25 tahun dengan MAHB menerima anugerah khidmat setia pada majlis tersebut dan mereka terdiri daripada 102 orang bertugas di Semenanjung Malaysia, 86 di Sabah dan 98 di Sarawak.

Menurutnya, MAHB yang juga pengendali operasi 39 lapangan terbang di Malaysia, menjangka akan memulakan operasi memajukan tanah milik mereka dalam masa tiga tahun lagi.

Sementara itu, Aris berkata, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) baru atau KLIA 2 yang akan mula beroperasi pada Oktober 2012, kini 40 peratus telah siap.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: