Thursday, October 27, 2011

Kelly Clarkson Belum Pernah Jatuh Cinta

PENYANYI Kelly Clarkson (gambar) mengaku belum pernah jatuh cinta kerana dirinya tidak pernah memiliki perasaan yang kuat terhadap mana-mana lelaki.

Menurut Kelly, kesibukannya di pentas muzik juga menjadi salah satu alasan mengapa dia belum merasakan indahnya jatuh cinta.

"Hingga saat ini, saya belum menemui lelaki yang boleh membuat perasaan saya benar-benar jatuh cinta. Lagipun saya rasa tidak mempunyai waktu untuk bercinta dengan lelaki yang disukai," ujarnya seperti yang dipetik daripada Female First, Rabu.

Meski begitu, Kelly tetap optimis dan percaya suatu saat nanti akan bertemu dengan lelaki apabila usianya menginjak 30 tahun.

"Saya yakin saatnya pasti tiba nanti. Semoga saya dikurniakan perkahwinan yang kekal abadi," harapnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: