HEBAT...satu aksi J.Lo di pentas yang mampu memukau mata peminat.
SEJAK berpisah dengan suaminya, Marc Anthony pada Julai lalu, penghibur Latin paling seksi, Jennifer Lopez atau J.Lo dilihat sangat mudah tersentuh hati. Mungkin bibirnya masih mampu terse�nyum namun jauh di lubuk jiwa, penyanyi lagu On The Floor itu masih menahan luka.
Contoh terbaru, minggu lalu, J.Lo tidak dapat menahan rasa sebaknya tatkala menjayakan persembahan di depan ribuan peminat pada konsert Ulang Tahun Ke-15 Mohegan Sun di Connecticut, Amerika Syarikat (AS).
Air mata J.Lo mula bergenang dan seterusnya berlinangan selepas memandang wajah anak kembarnya, Max dan Emme terpampang pada skrin di atas kepalanya sewaktu menyampaikan lagu If You Had My Love.
Bukan itu saja, penyanyi kelahiran Bronx, New York ini menangis lagi ketika beberapa penari lelaki mengiringinya ketika menyampaikan lagu It Beats No More pada konsert berkenaan.
Menariknya, penari latar berkenaan menari sambil memakai pakaian kegemaran bekas suaminya itu, penyanyi lagu My Baby You.
Sejak berpisah dengan Marc kira-kira empat bulan lalu, perubahan emosi mula berlaku ke atas juri program realiti TV, American Idol ini setiap hari.
Nyata imej J.Lo sebagai seorang wanita lasak dan berjiwa kental yang tiba-tiba tewas (menangis) di atas pentas turut membuat peminatnya turut sama bersedih dan menangis. Mereka seakan-akan faham perasaan penyanyi pujaan mereka itu yang tidak dapat mempertahankan mahligai yang dibina selama tujuh tahun itu.
J.Lo seperti kehilangan sesuatu yang biasanya membuat dia gembira selama ini.
Ada mengatakan pelakon filem Love Don’t Cost A Thing itu memerlukan kasih sayang seorang lelaki kerana dia jarang sunyi dan selalu didampingi.
Sebelum Marc, J.Lo pernah berpisah dengan suami pertamanya, Ojani Noa. Dia kemudian bercerai dengan suami kedua yang juga seorang penari profesional, Cris Judd.
Bukan itu saja, J.Lo pernah menjalin hubungan dengan dua selebriti terkenal Hollywood seperti ‘rapper’ terkenal, P Diddy atau Sean Combs serta pelakon kacak Hollywood, Ben Affleck.
Perkahwinan ketiga bersama penyanyi Marc juga tidak mampu kekal hingga ke akhir hayat apabila mereka mengumumkan secara rasmi berpisah pertengahan Julai lalu.
Mereka akhirnya bersetuju membawa haluan masing-masing dengan difahamkan salah satu puncanya kerana pendidikan serta pegangan agama buat anak kembar mereka itu.
Beberapa hari selepas per�sembahan itu, satu sumber rapat dengan J.Lo mendedahkan bahawa perasaan sebak yang dialaminya pada konsert itu ada kisah tersendiri.
Sumber itu berkata, J.Lo bukan sengaja meraih simpati dengan menangis di atas pentas pada malam itu.
Katanya, penyanyi itu juga bukan menangis disebabkan penari latarnya berpakaian seperti Marc, Ben (Affleck) dan P Diddy tetapi semata-mata kerana teringatkan anak kembar kesayangannya.
Difahamkan, gambar dua anaknya itu bukan gambar sebarangan. Ia ketika mereka bergaya bersama J.Lo untuk iklan jenama mewah, Gucci.
Bagaimanapun, teori menangis kerana anaknya itu disangkal pula sebuah majalah terkenal di AS yang mendakwa dia menangis disebabkan terbayang seolah-olah persembahannya diiringi tarian Marc.
“Babak Marc dalam montaj yang dipaparkan itu benar-benar mencengkam perasaan J Lo. Ia menggambarkan perkara yang tidak disukai mengenai Marc dan sebahagian lagi pula seperti menunjukkan dia masih mencintai Marc.
“J.Lo kini sedang melalui satu frasa emosi yang sukar pada saat ini,” kata sumber itu kepada pihak media.
Bagaimanapun, tiada kepastian apakah keceriaan dalam hidup J.Lo boleh mekar berikutan hubungan baru bersama aktor kacak Bradley Cooper yang terkenal dengan watak Will Tippin dalam drama TV, Alias.
Apa pula penjelasan J.Lo terhadap peminat setiap kali dia menitiskan air mata?
“Saya rasa mereka dapat merasai apa yang saya rasa. Anda sendiri tahu, saya seorang wanita biasa seperti orang lain. Ada masa hidup saya hebat dan ada masa sebalik�nya,” katanya kepada saluran hiburan, Access Hollywood.
Apa yang jelas, dia tetap yakin kepada cinta. Dia akui akan terus mencari cinta selagi hidup.
Sewaktu menyanyi pada konsert itu, J.Lo sempat menceritakan mengenai lagu If You Had My Love.
Pada penghujung konsert itu, dia sempat berkata: “Saya mengimbau semula semua kenangan dan memori lama. Saya tetap yakin mengenai masa depan dan berharap dapat jatuh cinta sekali lagi.
“Ada masanya cinta itu tidak menjadi dan sudah tentu ia menyedihkan. Apapun, saya tetap yakin pada kekuatan cinta sejati. Ia masih menjadi impian terhebat saya,” katanya.
Bukan kali pertama J.Lo menangis di depan peminat. Dia pernah menangis menyaksikan peserta konsisten American Idol, Chris Medina tersingkir sekalipun bertindak sebagai salah seorang juri tetap bagi musim lalu.
Dalam majalah People edisi terbaru 2011, J.Lo turut dinamakan sebagai Individu Tercantik.
Dari sudut kerjaya seni, J.Lo memulakan karier sebagai penari untuk program televisyen In Living Color pada pertengahan 1990-an dan membintangi siri South Central.
J.Lo mula berlakon filem thriller, Money Train pada 1995 diikuti filem biografi, Selena pada 1997, Anaconda (1997), The Wedding Planner (2001), Maid in Manhattan (2002), Shall We Dance? (2004), Monster-in-Law (2005) dan The Back-up Plan (2010). Beberapa lagi filem lakonannya bakal ditayangkan pada 2012.
Setakat ini, J.Lo sudah menghasilkan tujuh album dengan album terbaru bertajuk Love? yang dilancarkan April tahun ini.
Selain melonjak dalam bidang hiburan, J.Lo juga banyak membuat kerja amal untuk hospital kanak-kanak di merata tempat.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: