Wednesday, October 19, 2011

Internet jalur lebar 42 Mbps


U MOBILE melancarkan perkhidmatan jalur lebar 42 Mbps di Kuala Lumpur baru-baru ini.


PERKHIDMATAN jalur lebar yang pantas bakal memberi kepuasan kepada pengguna. Untuk itu, syarikat telekomunikasi U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile) dijangka memperluaskan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 42 megabit sesaat (Mbps) di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kelajuan 42 Mbps itu adalah lima kali ganda lebih laju daripada perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan di pasaran sekarang.

Dengan kelajuan itu, aktiviti melayari Internet pasti lebih cepat dan menyeronokkan.

Pemindahan fail dan penstriman video berkualiti tinggi melalui peranti mudah alih akan lebih mudah dan pantas.

Teknologi jalur lebar tersebut dibangunkan menerusi kerjasama antara U Mobile dan ZTE Corporation dari China yang terjalin sejak awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya U Mobile, Dr. Kaizad Heerjee berkata, syarikat itu yang mula menumpukan kepada perkhidmatan berasaskan jalur lebar, bakal menyaksikan perluasan kemudahan itu pada kelajuan 42 Mbps di beberapa kawasan di Semenanjung.

"Sehingga kini, perkhidmatan jalur lebar berkelajuan 42 Mbps itu boleh didapati di Johor Bahru, Johor, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan, Shah Alam dan Bangi di Selangor serta Putrajaya, Kuala Lumpur dan Cyberjaya, melibatkan 1,300 kawasan.

"Perluasan liputan perkhidmatan akan berterusan. Pulau Pinang bakal mendapat perkhidmatan ini dalam masa enam bulan lagi," katanya.

Dia berkata demikian pada majlis pelancaran jalur lebar berkelajuan 42 Mbps bagi kawasan Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden Kanan ZTE Corp. China, Dr. Pang ShengQing dan Presiden Asia Pasifik ZTE Corp China, Zheng Bang.

"Pengumuman perluasan perkhidmatan jalur lebar ini membawa pembaharuan kepada sambungan dan perkhidmatan mudah alih Internet kepada pengguna," ujarnya lagi.

Dalam memberi peluang kepada pasaran lebih besar menikmati perkhidmatan berteknologi tinggi itu, pelanggan boleh menyewa modem berkelajuan tinggi tersebut serendah RM20 sebulan di pusat perkhidmatan U Mobile.

Mereka juga boleh memilih menikmati pelan data menarik serendah RM48 sehingga RM108 sebulan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej pelan data yang ditawarkan, layari laman web www.u.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: