![]() |
| PENAMPILAN Donnie Yen dalam filem The Lost Bladesman. |
HONG KONG - Bintang filem aksi Hong Kong, Donnie Yen menerima Anugerah Pelakon Terbaik pada Festival Pembuatan Filem Antarabangsa Great Britain 2011 menerusi lakonannya dalam filem The Lost Bladesman.
The Lost Bladesman menerima lapan pencalonan dalam festival tersebut.
Dengan kemenangan itu, industri perfileman China dilihat mampu bersaing dengan industri luar dan Donnie secara tidak langsung semakin dikenali di pentas antarabangsa.
Dalam pada itu, Donnie dilaporkan bakal terlibat dengan filem terbaru menerusi Ultimate Codebreak bergandingan dengan Jackie Chan.
Filem tersebut dijangka ditayangkan pada 2012 dan Donnie sendiri akan memegang watak utama dan koreografi bagi babak aksi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: