Wednesday, October 5, 2011

Buku himpun kenangan Tunku


RAIS (tengah) melakukan gimik pelancaran buku Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sambil diperhatikan Zainuddin (kiri) dan Ibrahim (kanan) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kesanggupan Tunku Abdul Rahman Putra (gambar kecil) untuk berunding dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dalam Rundingan Baling pada tahun 1955 bertujuan mendedahkan tembelang sebenar perjuangan gerila komunis kepada rakyat.

Cerita menarik di sebalik rundingan itu didedahkan dalam buku Coretan Kenangan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj setebal 563 muka surat yang diterjemahkan oleh Pegawai Jabatan Penerangan, Shamsudin Puteh.

Menurut buku itu, dalam rundingan berkenaan, Tunku Abdul Rahman yang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa kedegilan PKM untuk meletak senjata jelas kelihatan selepas mereka berunding selama dua hari.

Ujarnya, ketika itu Chin Peng bertegas tidak akan menerima pengampunan yang ditawarkan kerana ia bermakna dia menyerah diri.

“Apabila Chin Peng membuat keputusan tidak mahu letak senjata, jelaslah kepada rakyat Tanah Melayu bahawa dia ingin meneruskan tindakan kejam dan ganas untuk mencapai cita-cita peribadinya,” menurut Tunku Abdul Rahman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: