|
SELAIN mencari sepasang kasut yang cantik, sesuai dengan majlis, sedondon dengan warna pakaian dan berjenama, ada satu lagi perkara penting yang sering kita abaikan.
Menjadi rakan sejati ke mana sahaja anda bergerak, kasut tidak semestinya hanya menjadi pelindung kaki, tetapi ia juga haruslah mesra pengguna iaitu tidak membawa apa-apa masalah kepada kaki anda yang banyak berjalan.
Dengan harapan untuk membawa masyarakat Malaysia berjalan tanpa kaki yang sakit, jenama kasut sihat, Scholl memperkenalkan koleksi Scholl 2011 yang segar. Menitikberatkan rekaan dan gaya, Scholl koleksi 2011 itu menawarkan lebih 100 pilihan kasut untuk lelaki dan wanita.
Menariknya, ia mengutamakan pilihan tapak yang bersesuai mengikut tapak yang berbeza menggunakan teknologi padding selesa.
"Koleksi Scholl 2011 menawarkan kasut kasual, formal atau untuk ke kerja dan sukan dengan rekaan-rekaan yang segar untuk meraikan personaliti setiap individu. Pelanggan boleh memilih daripada pilihan slip on, sandal, flip flop, kasut berjalan dan kasut dres, semua pilihan untuk lelaki dan wanita," kata Pengurus Besar Reckitt Benckiser Malaysia, Veronika Rost.
Beliau menambah, menjadi tarikan Scholl koleksi 2011 ialah penggunaan teknologi lapisan tapak kasut yang berbeza seiring dengan pegangan Scholl yang mahu menawarkan keselesaan tapak kaki dan kesihatan kaki.
Scholl menawarkan tujuh jenis lapisan tapak kaki yang berbeza supaya pelanggan dapat memilih dan berasa selesa dengan setiap tawaran itu. Antara jenis padding ialah Memory Cushion, Bioprint, Galactiv, Arch Support, Sole Support, Massage dan Bio Mechanics yang semuanya mempunyai peranan tersendiri untuk keselesaan tapak kaki pengguna.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: