
Demikian kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berhubung persepsi negatif masyarakat yang dilemparkan kepada pelakon Aliza Abdullah atau Enot atas kesilapannya memberi pendapat berkaitan hukum hudud.
Menurut Fathul, memaafkan orang lain dan memberi peluang kepadanya untuk menebus kesalahan amat dituntut dalam ajaran Islam.
“Dalam hal ini, artis tersebut (Enot) telah melakukan perkara yang wajar iaitu mengakui kesilapannya serta meminta maaf.
“Masyarakat yang ingin menegur kesalahan itu perlulah melakukannya mengikut adab dan menjaga lisan mereka, bukannya terlalu cepat mengecam orang lain.
“Islam adalah agama pemaaf, jadi sewajarnya kita ruang agar individu itu dapat memperbetulkan kesilapannya,” katanya.
Fathul turut berpesan kepada mereka yang kurang arif lebih berhati-hati berbicara soal agama.
“Sebaik-baiknya seseorang itu mengakui jika dia tidak tahu jawapannya dan menyuruh orang yang bertanya agar merujuk kepada golongan yang pakar.
“Malah, adalah lebih baik jika dia berdiam diri kerana dikhuatiri jawapan yang diberikannya tidak tepat dan hanya mengundang kekeliruan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: