![]() |
| DARI kiri Shawn Tutler, Nancy Yeoh dan Chelsia Ng memberikan gaya istimewa selepas mengendalikan bengkel kecantikan untuk wanita. |
BAYANGKAN diri anda sebagai seorang wanita yang bergaya, berkarisma dan dikagumi dalam sebuah majlis sosial.
Anda melangkah masuk ke dalam bilik dan menawan hati hadirin lain dengan gaya anda penuh keyakinan serta penampilan diri yang menarik.
Bayangkan juga anda mengetahui rahsia temu duga untuk mendapatkan jawatan atau kenaikan pangkat yang telah lama anda idam-idamkan.
Anda kelihatan cantik, yakin dan berjaya mengambil hati penemuduga.
Dalam situasi semasa yang semakin kompetitif, adalah kritikal bagi seseorang itu untuk kelihatan profesional. Anda memerlukan kelebihan ini.
Hakikatnya, hanya segelintir individu yang dilahirkan bergaya dan anggun, walaupun dalam kalangan mereka yang menjadi terkenal.
"Jika anda fikir semua selebriti adalah sempurna, anda salah. Selebriti terkenal seperti Charlize Theron, Angelina Jolie dan Halle Berry mempunyai penasihat profesional yang mengajar mereka tentang cara-cara mekap, postur tubuh dan etika sosial.
"Secara peribadi, saya percaya bahawa tidak ada istilah tidak cantik, cuma ada segelintir orang yang tidak tahu cara untuk menyerlahkan kecantikan diri mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Stylo International, Datuk Nancy Yeoh.
Tambahnya, kebanyakan daripada kita tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana sibuk dengan karier dan keluarga sehingga kecantikan diri sendiri terabai.
Memahami masalah tersebut, Head & Shoulders menyerlahkan kecantikan dalaman dan keyakinan diri wanita dengan menganjurkan sebuah bengkel media bersama Nancy dan pelakon, Chelsia Ng di Stylo Academy, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Objektif utama penganjuran bengkel tersebut adalah untuk memberi tip dan nasihat yang berguna kepada rakyat Malaysia agar menggunakan sepenuhnya personaliti unik yang dimiliki mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
"Head & Shoulders bukan hanya membantu pengguna melawan kelemumur, kerosakan kulit kepala dan rambut gugur malah, turut membantu pengguna untuk menyerlahkan keyakinan diri dan karisma mereka setiap hari," kata Pengurus Perhubungan Luar Procter & Gamble (P&G) Malaysia, Goh Seng Jone.
Selain tip penjagaan rambut, peserta diberi kursus selama dua jam tentang solekan dan pembangunan sahsiah diri.
Penampilan istimewa
Topik-topik yang dibentangkan berkisar mengenai cara-cara mengenal bentuk tubuh sehingga etika menghadiri majlis perkahwinan dan majlis sosial kebudayaan yang disampaikan oleh Nancy.
Penampilan istimewa personaliti televisyen yang ceria, Chelsia mengujakan hadirin tatkala dirinya berkongsi rahsia sentiasa kelihatan cantik, bertenaga dan yakin setiap hari.
Chelsia bersama pendandan rambut terkenal, Shawn Tutler berkongsi pendapat yang sama mengenai penjagaan kecantikan dan kebersihan rambut perlu dititikberatkan tidak tidak kira lelaki atau wanita.
Head & Shoulders Anti-hair Fall Collection telah terbukti dapat menghilangkan kelemumur sehingga 100 peratus dan mengurangkan rambut gugur sebanyak 95 peratus.
Syampu antikelemumur yang spesifik untuk golongan lelaki dan wanita itu dirumus dengan teknologi HydraZinc yang terbukti sangat efektif untuk melawan kelemumur daripada basuhan pertama dan penggunaan yang berterusan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: