Thursday, October 6, 2011

Apple dedah iPhone 4S

NAIB Presiden Kanan Apple, Philip Schiller memberi penerangan mengenai iPhone 3GS (kiri), iPhone 4 (tengah) dan iPhone 4S di ibu pejabat firma itu di Cupertino, California kelmarin.


CUPERTINO, California - Apple kelmarin mendedahkan telefon bimbit yang lebih berkuasa, iPhone 4S yang memberi reaksi terhadap arahan suara.

Telefon itu akan dijual di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain pada 14 Oktober depan.

Tempahan awal boleh dibuat seminggu sebelum penjualan tersebut dibuat.

Di AS, harga iPhone itu akan bermula daripada AS$199 (RM635) untuk model 16 gigabyte dan AS$399 (RM1,273) untuk model 64 gigabyte.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple (CEO), Tim Cook membuat kemunculan semasa majlis pendedahan iPhone 4S itu.

Dia menggantikan Steve Jobs yang meletakkan jawatan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

Namun, iPhone 4S itu dikatakan gagal untuk memikat peminat.

Beberapa penganalisis berkata, keputusan syarikat Apple untuk meneruskan model lama dan mengurangkan harganya akan membantu firma tersebut memperoleh lebih ramai pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: