Thursday, October 6, 2011

Aktor Hollywood lawat Libya


SEAN PENN bergambar bersama dengan dua wanita Libya di bandar Benghazi kelmarin.


TRIPOLI - Pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn menyatakan dia mengagumi rakyat Libya kerana keberanian mereka menggulingkan Muammar Gaddafi.

Penn menyatakan demikian semasa dia melawat Tripoli semalam.

Namun, dia enggan memberikan komen berhubung rancangannya yang akan dilakukannya di ibu kota Libya ini.

Berdiri di luar sebuah hotel, Penn juga menyuarakan keyakinannya terhadap usaha-usaha di Libya untuk membuat peralihan ke arah demokrasi.

Penn berkata, satu harga yang tinggi sudah dibayar dan dia berpendapat, tiada persoalan untuk penduduk Gaddafi akan dapat bergerak ke arah demokrasi.

Pelakon itu turut melawat Benghazi di Libya kelmarin.

Aktor berusia 51 tahun itu turut melawat Mesir.

Rejim Gaddafi ditumbangkan pada Ogos lalu oleh penduduk Libya yang berjuang menentang tentera bekas pemimpin tersebut.

Libya kini ditadbir buat sementara oleh Majlis Peralihan Kebangsaan.

Ketika ini, jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut mengebom bandar Sirte yang merupakan bandar kelahiran Gaddafi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: