KECEWA...Ali (kanan) bersama beberapa penduduk melihat batang pokok yang dibiar di tanah perkuburan Islam Kampung Changkat Gombak.
GOMBAK: Tindakan kontraktor yang dilantik menjalankan kerja menebang pokok mati di tanah perkuburan Islam Kampung Changkat Gombak, di sini, dipercayai menjadi punca kerosakan beberapa kubur di situ.
Tinjauan mendapati hampir 10 kubur rosak dan konkrit di bahagian atasnya pecah berikutan kontraktor terbabit tidak meletakkan penghadang sebelum melakukan kerja penebangan.
Lebih teruk, serpihan batang pokok yang dipotong dibiarkan bertaburan di setiap sudut tanpa dibersihkan sejak kerja memotong pokok mati berkenaan dilakukan, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Simpang 3, Ali Omar Zoalkafli, berkata pihaknya kecewa sikap sambil lewa mereka yang melakukan kerja itu.
“Susah payah saya mengumpul dana bersama penduduk dan bergotong-royong membersihkan kawasan perkuburan ini, hanya kerana sebatang pokok semuanya menjadi huru-hara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: