Sunday, August 21, 2011

Victoria Beckham Menderita Sakit Tulang Belakang Selepas Bersalin

SELEPAS melahirkan bayi perempuan, Harper Seven Beckham, penyanyi Victoria Beckham (gambar) dikhabarkan sedang menderita sakit tulang belakang.

Sebelum ini, ada sumber mendakwa bekas anggota kumpulan Spice Girls itu sengaja menyembunyikan diri dari orang ramai demi menurunkan berat badannya selepas melahirkan anak.

Bagaimanapun, ada sumber lain menafikan dakwaan itu dan menyatakan ibu kepada empat anak ini mengalami masalah tulang belakang yang cukup serius.

"Khabar angin mengatakan Victoria sedang gigih menurunkan berat badannya adalah tidak benar tetapi sebenarnya, victoria menderita sakit punggung semasa hamil dan masalah itu menjadi serius selepas dia melahirkan anak melalui pembedahan.

"Hasil pemeriksaan x-ray, terdapat salah satu tulang belakang bahagian bawahnya yang bergeser sehingga menimbulkan kesakitan dan menyebabkan dia gagal mendukung Harper," kata sumber itu menurut splashnews.com.

Tambahnya: "Dia sangat sedih kerana dia ingin bermain dengan anak perempuannya itu seperti ibu lain. Malah ketika menyusui Harper, suaminya, David Beckham terpaksa memegang bayi itu.

"Bagaimanapun, Victoria tetap gembira kerana sangat bersyukur dengan kelahiran anak perempuan yang sangat cantik. Dia tidak akan membiarkan kecederaan itu menghalang kebahagiannya dengan Harper."

Sebagai langkah mengatasi kesakitan itu, Victoria selalu melakukan sesi urutan dan mengamalkan ubat tahan sakit secara teratur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: