|
Kalau orang lain sedang bersemangat menantikan datangnya Syawal, pelakon kontroversi, Memey Suhaiza pula sedang berdebar-debar menantikan kedatangan tarikh 25 September yang mana dia akan disatukan bersama pasangannya, Norman Hakim. Sibuk dengan pelbagai persiapan pernikahan, jelas Memey dia tidak merasai aura berhari raya kerana terlalu memikirkan soal majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung dalam bulan puasa itu juga. "Saya memang tak rasa macam raya, sebab persiapan untuk raya sememangnya dah disediakan sejak dari awal dahulu, sekarang ini saya memang sibuk dengan persiapan perkahwinan sahaja. ![]() Memey sibuk menguruskan persiapan perkahwinan "Ini tahun terakhir saya beraya sebagai orang bujang, tapi sayangnya saya terlalu sibuk dan tak dapat menghayatinya. "Raya tahun ini nampaknya saya tidak sempat pergi beraya di rumah Norman, namun menurut Norman dia dan keluarganya akan datang ke Johor untuk beraya di rumah saudara mereka dan singgah di rumah saya di Tenggaroh,"jelas Memey yang tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sejak sebulan yang lalu. Persiapan Perkahwinan Bertungkus lumus kesana kemari, jelas Memey, majlis perkahwinannya di Johor adalah majlis untuk orang ramai, menjangkakan lebih lima ribu orang tetamu yang akan hadir, Memey berharap majlis itu akan berjalan dengan lancar. "Di Johor, pakaian nikah saya adalah rekaan daripada Ezuwan Ismail, ketika sanding pula direka oleh Hatta Dolmat dan untuk potong kek, oleh Rizman Ruzaini. "Saya mencetak lebih 3000 kad jemputan untuk menjemput semua kenalan saya untuk hadir dimajlis saya nanti, dan saya menjangkakan lebih lima ribu tetamu akan datang. "Majlis di Johor ini memang berlainan, kerana ia berkonsepkan tradisional. Sebelah malam akan diadakan malam berinai, khatam Al-Quran dan Joget lambak, dan sebelah siangnya pula bersanding seperti biasa. "Tak dinafikan, memang banyak telah saya habiskan untuk menyempurnakan majlis ini, dan saya harap ianya berjalan dengan lancar,"luah Memay dengan penuh harapan. |
Saturday, August 20, 2011
Urus hal perkahwinan, Memey tak rasa semangat raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: