Tuesday, August 2, 2011

Trafik penumpang catat angka positif

Prestasi trafik penumpang lapangan terbang dijangka terus mengalami pertumbuhan positif 6.7 peratus berdasarkan pencapaian memberangsangkan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menurut Kementerian Pengangkutan, dalam satu kenyataan, berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada trend prestasi trafik penumpang bagi lapangan terbang di Malaysia untuk tempoh Januari hingga Jun 2011, yang meningkat 12.60 peratus atau 3.6 juta penumpang berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan itu, bilangan penumpang meningkat dari 28.3 juta kepada 31.9 juta.

Selaras misi galakan pelancongan serta kemudahan pengangkutan udara ke Malaysia yang semakin positif, kemasukan penumpang antarabangsa seramai 15 juta bagi tempoh enam bulan pertama mencatatkan kenaikan 13.5 peratus (13.3 juta enam bulan pertama 2010).

Keadaan sama dicatatkan, bagi jumlah penumpang domestik dengan kenaikan 11.8 peratus (16.8 juta penumpang) berbanding tempoh sama tahun lalu, iaitu 15 juta penumpang.

Secara keseluruhan, sebanyak 5.7 juta penumpang dicatatkan pada Jun lalu dan ia adalah angka tertinggi yang dicatatkan bagi tempoh enam bulan pertama 2011.

Purata jumlah penumpang sepanjang tempoh enam bulan pertama 2011 adalah pada min 5.3 juta penumpang sebulan.

Kementerian Pengang�kutan berkata, peningkatan prestasi trafik penumpang adalah disebabkan peningka-tan permintaan kepada pe-ngangkutan udara serta peningkatan kekerapan pe�ner�bangan.

“Ia turut disumbangkan faktor penambahan destinasi baru daripada syarikat penerbangan tempatan dan luar negara.

“Dasar sedia ada Malaysia berhubung sektor penerbangan awam yang mengamalkan pendekatan liberal, memberi fleksibiliti kepada syarikat penerba-ngan untuk meningkatkan kekerapan dan kapasiti penerbangan seterusnya membantu perkembangan industri pelancongan, perdagangan dan ekonomi di negara ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: