
Begitulah yang dialami Raja Putri Atilia Raja Haron atau lebih mesra dipanggil Atilia. Rumah tangga bersama bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Aziz musnah tiga tahun lalu, selepas 11 tahun mengikat tali perkahwinan.
Mungkin bagi sesetengah wanita, perkara itu sungguh pahit untuk ditelan tetapi bagi Atilia, perkara itu merupakan lumrah dan ketentuan untuknya dan dia perlu terus melangkah dan berharap akan ada sinar baru dalam dirinya.
“Secara jujur, saya sudah melupakan kisah silam dan tidak mahu terbeban lagi memikirkannya. Alhamdulillah, ibu tidak putus asa memberikan semangat.
“Kini, saya lebih menumpukan perhatian terhadap karier seni saya dan mahu cipta nama ke peringkat yang lebih jauh lagi.
“Tetapi, dalam masa sama saya tidak menolak andainya saya ditakdirkan bertemu jodoh lagi,” kata anak kepada penyanyi Salamiah Hassan
Tidak mahu dihujani dengan kesedihan dan kegagalan, Atilia bangkit dengan semangat baru untuk meneruskan kehidupan, malah ketika diusik mengenai teman baru, Atilia mengaku sudah menemui pengganti.
Dalam kesibukan undangan nyanyian dan perniagaan, dia kini sedang merancang untuk melangsungkan perkahwinannya pada tahun ini.
Biarpun sedang dalam fasa persiapan, namun Atilia masih menyembunyikan kekasihnya itu dan memberinya gelaran Mr B.
Mereka mula berkenalan tiga tahun lalu, ketika Atilia mengadakan satu persembahan nyanyian di ibu kota.
Atilia berharap perkahwinan kali keduanya akan memberi sinar baru dalam dirinya.
“Buat masa ini, biarlah identitinya menjadi rahsia. Lagi pun, dia sendiri mahu identitinya tidak dihebahkan kepada umum. Saya faham, bukan mudah untuk dia berhadapan dengan media apatah lagi menjadi perhatian,” katanya kepada Zass pada Majlis Pelancaran Bazar Merdeka Raya Karyawan 2011.
Menurut Atilia, dia suka lelaki yang lemah lembut dan tidak berkasar dengan perempuan.
“Saya senang berkawan dengannya. Mungkin juga kerana dia begitu memahami diri saya dan kerjaya saya. Paling penting dia seorang yang bertanggungjawab.
“Lagi pun, kerjaya kami dalam bidang sama iaitu muzik. Jadi, sedikit sebanyak dia faham perjalanan saya sebagai penyanyi,” katanya yang popular dengan lagu Kanda Adinda bergandingan dengan Loque.
Bercerita mengenai majlis perkahwinannya itu nanti, Atilia berkata, majlis perkahwinannya akan diadakan pada Disember depan sekiranya tiada aral.
“InsyaAllah, itu hanya perancangan kami, sekiranya pada waktu itu kami terikat dengan jadual kerja terpaksalah ditangguhkan ke awal tahun depan.
“Kami masih tidak buat apa-apa persiapan perkahwinan. Kami cuma merancang. Majlis itu pun dibuat sederhana. Jadi, kami tidaklah terburu-buru dalam membuat apa-apa persiapan,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: