Sunday, August 21, 2011

Takoyaki pembuka selera


MOHD. RIDZUAN menunjukkan Takoyaki yang dijualnya di Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.


UNIK. Bebola sotong atau dikenali sebagai Takoyaki memang enak jika dimakan sebagai pembuka selera semasa berbuka puasa.

Malah menu yang berasal dari Jepun itu kini menjadi salah satu hidangan kegemaran ramai sehingga setiap hari pengunjung sanggup berbaris panjang mendapatkannya di Bazar Ramadan Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Pemilik gerai itu, Mohd. Ridzuan Mohd. Rosdi, 24, berkata, setiap kotak Takoyaki dijual pada harga RM3.50 dan selain udang, bebola berinti ketam dan udang juga dijualnya.

“Rasanya yang enak dan ringkas sesuai dengan selera masyarakat kota selain ia berkhasiat memandangkan ia juga mengandungi serat yang banyak,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Mohd. Ridzuan, faktor menjadikan rasa Takoyaki sedap kerana ia datang dengan sos salmon istimewa, bahan perasa ikan dan mayonis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: