|
|
KES koreografi atau tarian berunsur lucah banyak berlaku di kalangan artis berkumpulan wanita dalam dunia Kpop dan ia dilihat bukanlah satu perkara baru.
Terbaru, kumpulan SISTAR turut terkena tempiasnya.
Ia dilihat menerusi susun tari untuk lagu berjudul So Cool yang dikoreografikan oleh DQ, yang pernah bekerjasama dengan artis Rain, BEAST dan MBLAQ.
Pergerakan tarian SISTAR untuk lagu tersebut dikhuatiri boleh mengundang persepsi kurang senang para peminat memandangkan ia secara terang-terangan menonjolkan keseksian melampau.
Bagaimanapun, kerana tidak mahu isu itu terus diperbesarkan, SISTAR baru-baru ini telah membuat keputusan untuk menukar koreografi lagu tersebut kepada yang lebih bersesuaian.
“SISTAR tak mahu mencari masalah dengan pihak televisyen terutamanya dalam isu gam disebabkan kontroversi ini.
“Adalah lebih baik mereka turut sahaja standard peraturan yang disediakan dengan menampilkan tarian yang lebih sesuai namun dalam masa yang sama menarik,” kata wakil agensi, Starship Entertainment.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: