![]() Siti Nordiana mementingkan kepuasan Rayyan dalam segala hal Mengunci hati daripada menerima kehadiran mana-mana lelaki dalam hidupnya, Siti Nordiana sebenarnya tidak mahu berbagi kasih bersama anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaei yang kini berusia tiga tahun. Namun, sampai bila ibu muda ini dapat menjalani kehidupan sendirian dan selama mana Rayyan harus membesar tanpa kasih sayang seorang bapa. Bertemu Siti Nordiana di majlis rakaman Melodi Raya baru-baru ini, dia mengakui sudah bersedia untuk membuka hatinya pada lelaki-lelaki diluar sana. Mengakui sudah beberapa kali mencuba, Siti Nordiana bersikap terbuka dalam memilih calon suami yang sesuai untuk dirinya itu. "Insya-Allah, untuk cari pengganti itu ada juga difikirkan, tetapi seharusnya orang itu boleh menerima saya dan Rayyan sebaik mungkin. Saya sentiasa mencuba, dan masih mencari, malah sekarang ini pun saya sedang berkawan baik dengan beberapa orang lelaki. "Dalam berkawan, saya melihat cara mereka melayan saya dan Rayyan, sama ada dia benar-benar ikhlas ataupun tidak. Saya lebih utamakan keselesaan Rayyan, dan tidak boleh hanya mengikut hati saya sahaja. "Secara zahirnya, memang sukar untuk saya memastikan sama ada orang itu ikhlas atau tidak bersama Rayyan, namun ada kalanya, gerak hati saya ini banyak membantu. Saya tidak begitu memilih dalam mencari pasangan, yang penting sekali lelaki itu ada pegangan agama yang kuat dan mempunyai hubungan yang baik bersama Rayyan,"jelas Siti Nordiana. Raya Menjelang hari raya nanti, jelas Siti Nordiana dia akan pulang ke kampung asalnya Sendayan. Namun, hingga ke saat ini, dia masih belum membuat sebarang persiapan raya lagi. "Sekarang ini saya sibuk dengan jemputan-jemputan majlis berbuka puasa dan masih belum berpeluang membeli belah pakaian raya untuk diri dan anak. Saya akan bercuti lama pada hari raya ini untuk menyertai keluarga disana menziarahi rumah-rumah saudara yang jauh,"jelasnya lagi. |
Monday, August 15, 2011
Siti Nordiana buka hati untuk lelaki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: