Tuesday, August 2, 2011

Ringkas penuh makna


Klasik syawal menampilkan kelainan penggunaan raga mengkuang.


BULAN Ramadan, selain bulan untuk mengerjakan ibadat puasa, ia juga merupakan bulan untuk kaum Hawa menambah pendapatan.

Bagi mereka yang pandai membuat kuih ataupun pandai menjahit serta menghias, pastinya tidak melepaskan peluang untuk berniaga.

Ini kerana, kedatangan Syawal pastinya disambut dengan penuh meriah dan yang paling menjadi tumpuan ialah kuih raya.

Begitupun, bagi mereka yang pandai menjahit sudah pasti mengambil tempahan untuk menjahit baju kurung ataupun baju Melayu.

Manakala bagi mereka yang kreatif, gubahan hamper sudah pasti menjadi pilihan.

Salmiza Salleh, 36, merupakan salah seorang kaum Hawa yang tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi dunia perniagaan sempena raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Selain menjual biskut raya, Salmiza atau lebih mesra disapa Miza turut memberi tumpuan kepada penjualan hamper sempena Ramadan dan juga Syawal.

Mendapat bekalan biskut raya dari seorang pembekal yang memhasilkan sendiri di rumah, Miza sememangnya menghasilkan sendiri gubahan untuk hampernya.

Walaupun tahun ini merupakan tahun pertama Miza menjual hamper, dia tetap mementingkan kualiti agar hamper-hamper buatan tangannya menjadi kenangan terindah buat penerima.

"Hamper yang dihasilkan bukan sahaja dibungkus cantik, malah rasa biskut raya yang merupakan sebahagian daripada isi kandungan hamper juga sedap serta menyelerakan.

"Memandangkan banyak persaingan di pasaran sekarang, untuk itu saya cuba mencari kepelbagaian dan kelainan bagi memberi kepuasan kepada pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Walaupun hamper yang dihasilkan nampak ringkas tetapi ia berkualiti," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Keunikan hamper perayaan yang disediakan ini adalah pada set kuih raya yang diperbuat daripada seramik, berkonsep ala Inggeris.

Selain itu, Miza turut menggunakan raga rotan atau bekas yang dihasilkan daripada buluh yang kelihatan unik dan menarik untuk dijadikan barangan hiasan.

Untuk tahun ini, Miza menyediakan lima jenis gubahan hamper iaitu Syawal English Rose Tray, Bingkisan Syawal, Cahaya Syawal, Kasih Syawal dan Citra Syawal.

Setiap satunya memiliki nama yang cukup klasik yang sudah pasti ia akan disertakan biskut raya seperti almond coklat, tat bunga, coklat oat, biskut bunga Cina, tat gulung dan cruncy oat.

Boleh didapati pada harga serendah RM55, sebarang tempahan boleh hubungi Miza di talian 012-6436883.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: