Saturday, August 20, 2011

Rabecca gementar beraya di rumah mertua

Pertama kali menyambut hari raya selepas bergelar isteri, pelakon Rabecca Al Islam terpaksa akur mengikut suaminya pulang ke kampung halaman di Sarawak.
Mengakui agak gementar untuk beraya di tempat orang, jelas Rabecca dia sama sekali tidak pernah meninggalkan keluarga sewaktu berhari raya sebelum ini.
"Memang gementar juga, maklumlah ini pertama kali saya beraya tanpa ibu, ayah dan adik beradik yang lain. Saya akan beraya di Sarawak sehingga hari raya kelima, selepas itu baru pulang di rumah keluarga di Johor Bahru.
"Saya pasti rindukan masakan emak terutama soto ayam, tapi nampak gayanya terpaksalah lupakan dahulu.
"Untuk hari raya ni, kami dah buat beberpa persiapan, untuk hari raya pertama kami akan pakai pakaian sedondon warna perang, hari kedua warna krim dan hari ketiga warna kelabu.
"Cara mertua saya berhari raya tidak sama seperti kita di semanjung. Hari pertama, kedua dan ketiga raya, rumah mertua kebiasaannya akan dipenuhi dengan jemputan yang terdiri daripada anak yatim dan orang-orang yang kurang bernasib baik, jadi tugas sana disana hanya menyambut kedatangan tetamu,"jelas Rebecca.
Mengandung
Baru saja mengalami keguguran pada dua bulan yang lepas, jelas Rabecca, sehingga kini dia masih belum lagi mengalami tanda-tanda kehamilan.
"Masih belum ada apa-apa lagi, saya pun tidak merancang apa-apa, jika ada nanti adalah, saya tidak mahu berharap yang berlebihan.
"Saya masih menunggu, jika ada saya akan umumkan pada semua,"jelasnya.

Rabecca pertama kali beraya bersama suami

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: