Wednesday, August 24, 2011

Megan Menyesal Buat Tatu Marilyn Monroe

Megan Fox

SEIRING kedewasaannya, pelakon seksi Megan Fox menyesali dengan beberapa hiasan yang terdapat pada tubuhnya.

Salah satunya ialah tatu ukiran gambar Marilyn Monroe yang dicacah di lengan kanannya. Dia kini dalam proses menghapuskan tatu tersebut dengan rawatan laser.

"Marilyn adalah karakter negatif yang mempunyai masalah keperibadian dan saya tidak mahu tenaga negatif ada dalam badan saya," katanya.

Selain tatu, Megan turut menyesali tindik besar yang dibuat pada bahagian pusatnya ketika berusia 16 tahun.

"Saya membuatnya ketika berusia 16 tahun kerana terlalu terikut-ikut dengan penyanyi pujaan saya iaitu Britney Spears.

"Ketika itu saya suka meniru orang lain dan kini saya rasakan ia begitu buruk dan sudah menghapuskannya," tuturnya.

Megan mempunyai sembilan bentuk tatu di bahagian badannya, termasuk satu ayat berbunyi "we will all laught at gilded butterflies" dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: