Pelanggan Muslim Maxis di Selangor, Melaka, Sabah, Kedah, Perlis, Pahang dan Terengganu kini boleh menikmati kemudahan membayar Zakat Fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
Perkhidmatan mZakat Maxis terbuka kepada pelanggan prabayar dan juga pasca bayar. Jumlah pembayaran Zakat Fitrah akan dicaj kepada bil telefon pelanggan pasca bayar atau ditolak daripada baki prabayar pelanggan.
Perkhidmatan mZakat amat mudah digunakan dengan hanya menaip “FITRAH (nama negeri)” dan hantar SMS kepada 22032. Pelanggan juga perlu memberikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan bilangan orang yang Zakat Fitrahnya ingin dibayarkan.
Kesemua SMS dihantar mahupun diterima oleh pelanggan Maxis untuk perkhidmatan mZakat ini adalah percuma dan tidak dikenakan caj. Manakala perkhidmatan pencetakan resit secara dalam talian boleh didapati dari portal Maxis, agar pelanggan boleh mencetak resit untuk melakukan tuntutan rebat cukai.
Hotlink Ramadan Hot Tickets juga boleh didapati dalam RM15, RM10 dan RM5. Ramadan Hot Tickets bernilai RM15 menawarkan 50 minit masa berbual merentasi kesemua rangkaian pada bila-bila masa berserta 150 SMS sah selama tujuh hari serta mendapat dua ketul ayam goreng KFC dengan dua keping Ramadan Hot Tickets bernilai RM15.
Pelanggan Maxis boleh mengakses laman WAP mikro Ramadan di portal WAP Maxis untuk melanggan atau memuat turun kandungan ke dalam peranti mudah alih. Laman ini menawarkan pelbagai kandungan mudah alih seperti SMS ALERTS berbuka puasa, Fadilat Ramadan dan waktu menunaikan Solat.
Pelanggan Maxis dan Hotlink boleh mengakses laman WAP Ramadan ini dengan hanya menaip ‘GET RA’ dan menghantar kepada 26000. Satu pautan ke laman WAP Ramadan kemudian akan dihantar kepada telefon bimbit dan hanya perlu klik pada pautan bagi mengakses portal WAP Ramadan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: