Saturday, August 20, 2011

Koleksi kapas Aidilfitri

KLASIK...fabrik tenun voile potongan vintaj digandingkan dengan kain sarung kapas organdi lukisan tangan mengimbau nostalgia lama.
KLASIK...fabrik tenun voile potongan vintaj digandingkan dengan kain sarung kapas organdi lukisan tangan mengimbau nostalgia lama.

FABRIK kapas sering menjadi pilihan kerana lebih lembut, sejuk dan menyerap peluh.

Ia selesa dipakai kerana berupaya menguasai cuaca dan sesuai digayakan di mana saja sama ada negara beriklim tropika, sejuk mahupun panas.

  • Foto

    KREATIF...pemakaian kain sarung hingga ke paras dada dipadankan dengan kebarung menampilkan gaya tersendiri.

  • Foto

    MODEN...kebarung cetakan abstrak digayakan bersama seluar denim memberikan kelainan.

  • Foto

    SEDERHANA...pemakaian baju kurung fabrik linen bermotifkan flora bersama denim nampak segar.

  • Foto

    RINGKAS...penampilan fabrik kapas organdi merah jambu lembut bersama kain berwarna terang nampak ringkas.

  • Foto

    ANGGUN...rekaan busana kain kapas sesuai digayakan pada Hari lebaran.

  • Foto

    ANGGUN...rekaan busana kain kapas sesuai digayakan pada Hari lebaran.

  • Foto

    ANGGUN...rekaan busana kain kapas sesuai digayakan pada Hari lebaran.

Warna yang dicetak pada fabrik ini kebiasaannya mempunyai daya tahan terhadap cuaca serta menghasilkan warna segar dan tidak mudah pudar.

Kelebihan kapas yang diperakui mempunyai keistimewaan tersendiri menguasai pasaran fabrik sejak berzaman lagi dan berjaya menyaingi pelbagai jenis fabrik lain, kini masih menjadi pilihan tidak kira tua atau muda.


Justeru, rekaan butik Mayfair Designs yang direka Leung Thong Ping mengetengahkan koleksi raya kebanyakannya menggunakan fabrik kapas bagi memenuhi kehendak pelanggan yang masih setia dengan pemakaian fabrik berkenaan.


Inspirasi daripada rekaan terbaik, corak geometri dan berleher klasik pastinya membuatkan gaya penampilan berbeza selain bijak menyuaipadankan pemakaian agar lebih kreatif.

Mementingkan konsep kemas, pantas dan bergaya, ia memberikan langkah ringkas bagi memadankan pakaian yang direka nampak sesuai dengan penampilan yang diingini agar kelihatan segar serta ceria.

Caranya mudah saja, mengenakan kain sarung secara berasingan dengan memilih baju blaus potongan bebas beralun mengikut paras yang diinginkan sama ada panjang, paras lutut atau lebih singkat.

Jika anda tidak gemarkan penampilan blaus, boleh juga memilih baju kurung biasa atau kurung Kedah paras pung�gung yang boleh digayakan dengan kain sarung selain kebarung dengan gaya moden.

Kemudian, pilih kain sarung berkait potongan tirus untuk dipadankan dengan pemilihan baju yang digemari.

Bagi yang inginkan kelainan, kain sarung juga boleh dijadikan gaun menarik hingga ke paras dada yang boleh digandingkan dengan kebarung, ia tampak berbeza ketika menghadiri majlis rumah terbuka di Aidilfitri nanti.

Selain itu, Mayfair Designs juga menampilkan koleksi kaftan mengikut potongan yang digemari sama ada bersaiz pendek yang boleh digayakan ketika bersantai bersama keluarga atau teman.

Butik ini turut menerima tempahan baju mengikut rekaan, saiz dan gaya digemari oleh pelanggan bagi menampil�kan rekaan yang lebih menarik dan kreatif. Ia boleh dikunjungi di tingkat tiga, Plaza Bukit Bintang, Kuala Lumpur, yang dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: