KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Kempen Menjiwai 1Malaysia anjuran Pergerakan Puteri UMNO yang bertujuan menyemai kefahaman konsep berkenaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Najib yang juga Presiden UMNO turut menyampaikan 10 buah komputer riba sumbangan sayap parti berkenaan kepada 10 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah parti-parti komponen Barisan Nasional pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat UMNO di sini semalam.
Terdahulu, beliau juga menampal pelekat 1Malaysia yang menyokong konsep gagasan itu pada beberapa buah kenderaan termasuk teksi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: