Sunday, August 21, 2011

Kahwin senyap-senyap di AS?




PEMERGIANNYA ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah menimbulkan kontroversi. Mana tidaknya, tindakannya itu telah mengakibatkan dirinya menerima kritikan hebat di kalangan orang industri perfileman di Korea.

Lebih-lebih lagi ketika dia sedang mempunyai komitmen dengan penggambaran drama Spy Myung Wol.

Pun begitu, dalam kehangatan pelbagai spekulasi mengenai tindakannya itu, timbul pula gosip yang mengatakan Ye Seul sebenarnya telah berkahwin secara rahsia di AS.

Dia dikatakan telah berkahwin dengan seorang usahawan berusia 30-an, selepas lapan bulan menjalin hubungan cinta.

Sebelum ini, pihak media pernah melaporkan bahawa lelaki tersebut seringkali dilihat melawat ke set penggambaran drama berkenaan sebagai tanda sokongan kepada gadis pujaannya.

Sebelum ini juga, Ye Seul pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia merancang untuk berkahwin di AS selepas komitmennya dengan drama tersebut selesai.

Malah, dia juga tanpa segan silu memberitahu kepada peminat mengenai perancangan tersebut yang akan direalisasi pada tahun sebelum ini.

Bukan itu sahaja, jika benar perkahwinan itu terjadi, banyak pihak mengatakan ia merupakan penamat kepada karier lakonan Ye Seul.

Sejauh mana kebenaran spekulasi tersebut, bagaimanapun hanya Ye Seul sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: