
KOTA BHARU – Polis berjaya memberkas dua ahli Geng 7E yang dipercayai aktif menyamun kedai-kedai serbaneka 24 jam selepas menyamun sebuah kedai 7 Eleven berhadapan Klinik Kesihatan Badang dekat sini awal pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dipercayai bergerak aktif menyamun secara bersenjata sejak April lalu.
“Sebelum berjaya ditangkap polis, dua suspek ini telah menyamun sebuah kedai 7 Eleven berkenaan pada pukul 5.25 pagi setelah mengugut pekerja kedai dengan parang supaya menyerahkan wang dan rokok.
“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa menyerahkan 56 kotak rokok Dunhill bernilai RM560 dan wang tunai RM48.10 kepada suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki tiga rakan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: