Metallica
Antara yang sudah mula dipromosikan di akhbar serta majalah ialah konsert MahaDewa yang diterajui Ahmad Dhani pada November ini di Johor Bahru, serta Ruth Sahanaya yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre, 17 Disember.
Namun paling teruja sudah tentu peminat heavy metal apabila Metallica yang dianggap sebagai lagenda hidup bakal berkunjung ke Kuala Lumpur, Disember ini. Lokasinya pula ialah Stadium Nasional Bukit Jalil.
Cik Normah dengar lagi, kumpulan yang popular dengan lagu I Dont Wanna Miss A Thing iaitu Aerosmith antara band ternama yang bakal singgah ke sini hujung tahun ini.
Jadi Cik Normah rasa peminat rock tegar terutama mereka yang membesar dengan kumpulan tersohor ini pening kepala nak memilih konsert mana satu. Kalau rasa berminat, berdikit-dikitlah dari sekarang.
Tidak perlu mencari tiket percuma sebab biasanya Cik Normah pun keluarkan duit poket sendiri kalau nak tengok konsert penghibur kesayangan. Ala bukan setiap bulan pun konsert hebat macam tu. Tak gitu Din Dangdut?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: