|
Kumpulan muzik berteraskan lagu-lagu keislaman mendapat tawaran yang lebat sepanjang bulan Ramadan ini. Kalau ada majlis yang memerlukan sedikit hiburan, kumpulan nasyidlah yang dilihat sesuai dengan temanya. Bukan sahaja tawaran mengadakan persembahan di dalam negara, malah mereka juga dapat tawaran mengadakan persembahan di luar negara. Kumpulan nasyid yang dibarisi keluarga, Debu dari Indonesia misalnya hampir sebulan berpuasa di Turki.
Semuanya tak menjadi masalah atau mendatangkan kerinduan kerana kumpulan itu dibarisi anggota keluarga mereka. Mereka berasal dari Amerika Syarikat dan dibawa berhijrah ke Indonesia oleh bapa mereka, seorang pendakwah. "Kami akan berpuasa dan menyambut Hari Lebaran di Turki," kata penyanyi utamanya Mustaffa Daood kepada Mangga Online sehari sebelum mereka berangkat ke sana. Mustaffa memberitahu menerusi khidmat BBM. Sebelum berangkat ke Turki kumpulan yang baru muncul dengan album baru itu turut bersama-sama menjayakan program Kembali Berdakwah Live di stesen antv bersama-sama artis lain antaranya Rhoma Irama, Ridho Rhoma, Ikke Nurjannah, Nelly Agustine, kumpulan Tabina 186 dan beberapa artis lain. Akan pasarkan album di Malaysia Debu juga pernah mendapat tempat di pasaran Malaysia menerusi album mereka yang terdahulu. Mereka juga merancang memasarkan album baru di Malaysia selepas ini. "Kami memang ada perancangan untuk memasarkan album baru di Malaysia. Tengoklah sama ada memasarkan album yang sama sebagaimana yang sedang dipasarkan di Indonesia ataupun merakam lagu baru khusus untuk pasaran Malaysia. "Kami mencipta dan menerbitkan sendiri lagu-lagu kami, jadi tak ada masalah untuk menghasilkan album khusus untuk pasaran di Malaysia. Kami lebih senang menghasilkan lagu yang sesuai untuk peminat di tempat album kami di pasarkan," kata Mustaffa. Meski sudah beberapa tahun album mereka tidak masuk ke Malaysia, namun hakikatnya kumpulan Debu masih sarat dengan aktiviti di negara tempat bereka bertapak, Indonesia serta di negara-negara lain. |
Monday, August 15, 2011
Debu beraya di Turki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Mereka sekarang sedang mengadakan siri persembahan menjelajah Turki sejak minggu kedua Ramadan lalu dan dijangka berakhir sehari selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: