CHEF Wan bersama Siew Hui menunjukkan poster Selebriti Aidilfitri Watsons pada majlis pelancaran Hotel Crowne Plaza.
Kemeriahan sambutan Ramadan di tanah air juga terpaksa dilupakan seketika kerana dia perlu berada di luar negara selama hampir dua minggu kerana memenuhi undangan menjayakan program di sana. Kali ini, tukang masak popular itu memberitahu akan berada di Wellington, New Zealand.
“Lagipun tidak salah jika kesenangan yang dimiliki dikongsikan dengan mereka yang memerlukan. Saya amat berharap agar selebriti lain juga mempunyai kesedaran yang sama supaya kita dapat membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih pada hari baik bulan baik ini,” katanya yang bersyukur kerana hidup di negara yang aman damai terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.
Sempena dengan perlantikan Chef Wan sebagai duta Watsons, syarikat berkenaan akan mengatur beberapa program bagi membantu Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al Munirah yang terletak di Kampung Johan Setia Klang.
Antaranya setiap 10 sen yang dibelanjakan untuk barangan tertentu di stor berkenaan akan disumbangkan kepada rumah yang menempatkan 50 anak yatim berusia 7 hingga 17 tahun.
Manakala pada 17 September nanti, kanak-kanak berkenaan akan diraikan pada majlis rumah terbuka yang turut dihadiri Chef Wan selaku duta. Pada sidang media itu, Chef Wan mengumumkan kerelaannya untuk melakukan kunjungan ke rumah kebajikan berkenaan sekali pun ia tidak berada dalam kalendar penaja.
“Saya tiada masalah untuk bertemu dengan kanak-kanak ini. Jika pihak pengurusan rumah Al Munirah ingin saya datang ke sana bagi memberi kata-kata semangat, motivasi serta untuk berkongsi kejayaan kepada mereka, saya tiada sebarang masalah.
“Malah saya dengan rela hati akan memasak juadah berbuka puasa untuk mereka. Jika ia dapat diaturkan adalah lebih baik lagi,” katanya.
Sementara itu Pengarah Kewangan Watsons Malaysia, Low Siew Hui berkata, pihaknya mengambil rumah Al Munirah sebagai anak angkat mereka selama setahun iaitu dari 26 Julai sehingga 25 Julai 2012.
Sepanjang tempoh itu, Watsons tidak hanya menyumbangkan wang semata-mata, sebaliknya mereka akan mengarahkan tenaga kerja untuk menziarah rumah berkenaan setiap bulan bagi meluangkan masa dengan anak yatim berkenaan.
Selain itu, Watsons akan turut membiayai kelas tambahan bagi penghuni rumah itu, menyediakan pemeriksaan kesihatan secara berkala, memberikan nasihat pemakanan dan menyumbangkan produk penjagaan badan untuk meringankan lagi beban penghuni rumah itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: