Tuesday, August 23, 2011

Baju kurung lusuh, kain batik

POLOS...gaya Diana sebagai gadis kampung yang berbaju kain kasa dengan batik lusuh dan tanpa solekan bagi menghayati wataknya sebagai Aishah dalam Azazil.
POLOS...gaya Diana sebagai gadis kampung yang berbaju kain kasa dengan batik lusuh dan tanpa solekan bagi menghayati wataknya sebagai Aishah dalam Azazil.

GEMPAR apabila pengarah dan pelakon popular Farid Kamil, 31, menerima ugutan daripada lelaki yang tidak dikenali hingga membuat laporan polis bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Ugutan diterima punya kaitan dengan pelakon jelita semakin mencipta nama, Diana Danielle, 20. Menurut kenyataan diberikan Farid sebelum ini, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki meminta agar pengarah filem Kongsi itu menjauhkan diri daripada Diana.

  • Foto

    BAKAT MUDA...bersama Remy (kiri) dan Shaanaz yang turut membintangi Azazil.

  • Foto

    FARID...cinta hati Diana

Sekiranya dia tidak berbuat demikian, sesuatu yang buruk akan dilakukan terhadap dirinya. Malah, lelaki yang membuat ugutan turut menyatakan bahawa dia tahu di mana Farid tinggal.

Bertemu dengan Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson di lokasi filem Azazil di Ulu Yam, Selangor baru-baru ini, pelakon kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu memberitahu, Farid memaklumkan kepadanya agar berhati-hati sebaik saja kekasihnya itu menerima ugutan daripada lelaki terbabit.


Berkongsi cerita mengenai apa yang berlaku, Diana menjelaskan dia tidak tahu apa motif sebenar orang yang membuat ugutan itu. Katanya, perkara itu masih dalam siasatan polis.


“Kami berdua sebenarnya lebih senang menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, berdasarkan nombor tertera kepada telefon bimbit Farid, rasanya kami boleh agak ia dilakukan oleh siapa.

“Apabila perkara itu berlaku, kami turut mengesyaki beberapa pihak tetapi ia sudah kami nyatakan kepada polis. Lagipun susah untuk saya mahupun Farid menyatakan nama orang yang disyaki kerana kami tidak pasti,” katanya.

Jelas Diana, memang dalam waktu sama dia berasa bimbang dengan ugutan terbabit terutama apabila perkara itu disampaikan sendiri oleh Farid. Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu memikirkannya sehingga mengganggu tumpuan kerja.

Bercerita lanjut mengenai hubungan cintanya dengan Farid, tegas Diana mereka sememangnya benar-benar bercinta. Sudah tentu juga mereka turut memikirkan soal masa depan mengenai hubungan terjalin.

“Bagaimanapun, cerita �mengatakan kami akan bernikah pada tahun hadapan itu tidak benar. Saya tidak akan sesekali merahsiakan hari bersejarah kami,” katanya yang turut menafikan bahawa antara dia dan Farid berselisih faham sebelum ini.

Apapun kata Diana, dia kini sibuk dengan penggambaran filem seram Azazil arahan Kabir Bhatia. Katanya, dia berasa sangat bertuah apabila diberi peluang memegang peranan utama dalam filem terbitan Primeworks Studios itu.

“Ini kali ketiga saya bekerja dengan Kabir. Pertama kali dulu wataknya kecil saja dan kali ini watak utama. Saya suka bekerja dengan Kabir kerana dia seorang pengarah yang cukup berpengalaman.

“Saya juga bangga apabila digandingkan dengan pelakon berpengalaman seperti Remy Ishak dan Umie Aida di samping pendatang baru, Shaanaz Ahmad.

“Sebelum ini saya sudah beberapa kali bekerja �dengan Remy. Kami tidak punya masalah kerana keserasian itu sudah ada. Cuma kali ini saya teruja apabila dapat bekerja dengan pelakon hebat seperti Umie Aida.

“Apabila dapat membintangi filem yang naskhah agak mencabar seperti Azazil,
sudah tentu ia memberikan perspektif berbeza. Saya �memang takut melihat �kesungguhan Umie di lokasi, �tetapi saya perlukan pengalaman dimiliki olehnya untuk memperbaiki lagi lakonan dan bakat dimiliki,” katanya �memegang watak Aishah.

Untungnya Diana apabila dia berpeluang beraksi dalam filem arahan pengarah hebat seperti Kabir dan sebelum itu dalam filem Hanyut arahan U-Wei Shaari. Lebih menarik, kedua-dua filem dilakonkan ini adalah filem bajet besar dan epik berlatarkan tahun sebelum merdeka.

Menjelaskan perkara itu kata Diana, dia bimbang kerana watak yang dilakonkan sebagai Aishah dalam Azazil dan Nina dalam Hanyut mempunyai persamaan iaitu dari sudut latar tahun mahupun penampilan.

“Mengambil contoh mudah, dalam kedua-dua filem ini saya hanya berbaju kurung lusuh dan berkain batik. Bagaimanapun, saya percaya kepada kekuatan jalan cerita dan permainan watak ditampilkan kedua-dua pengarah ini. Saya memang berasa sangat bertuah kerana dalam usia muda, saya sudah dapat beraksi dalam filem yang saya rasa benar-benar mencabar.

“Sudah menjadi impian saya mahu orang mengingati saya dalam dunia seni ini kerana bakat dan bukan disebabkan populariti kosong semata-mata. Sekurang-kurangnya dua filem ini saya harapkan menzahirkan apa yang saya harapkan selama ini,” katanya.

Mengenai harapan tinggi diletakkan penonton berdasarkan kepada filem dan kemampuan pengarah, jelas Diana dia tidak bimbang kerana percaya dengan kemampuan mereka dan yakin kedua-duanya adalah seorang mentor yang bagus. Jika dia tersasar sekali pun membabitkan watak yang dilakonkan, Diana yakin ia tidak akan pergi jauh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: