PUTRAJAYA – Maritim Malaysia (APMM) telah menambah bilangan anggotanya yang bertugas menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi mengekang kegiatan lanun dan penyeludupan di perairan negara.
Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd. Amdan Kurish berkata, langkah itu bagi membolehkan operasi pemantauan dan kawalan dipertingkatkan lagi.
Ujarnya, perairan Selat Melaka, Langkawi, Johor dan Perak didapati semakin menjadi tumpuan kegiatan penyeludup serta lanun dan mereka biasanya mengambil peluang cuti perayaan untuk bergerak lebih aktif.
“Disebabkan itu, tambahan seramai 1,200 anggota telah diarahkan untuk bertugas bagi menambah kekuatan APMM pada hari raya kali ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bungkusan kuih raya kepada anggota-anggota APMM yang akan bertugas pada tahun ini di sini semalam.
Pada majlis tersebut, beliau turut menerima 1,700 bungkusan kuih sumbangan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Cawangan APMM.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: