|
|
LONDON – Penyanyi Adele (gambar) mengakui dia sedang mencari cinta dan jejaka idamannya yang boleh membuat dia ketawa tanpa mempedulikan rupa paras lelaki tersebut.
Penyanyi British yang berusia 23 tahun itu berkata, beliau tidak mengambil berat terhadap penampilan atau kekayaan seseorang lelaki, malah hanya berharap
agar mereka boleh
berjenaka dan menggembirakannya.
“Saya minat lelaki yang suka berjenaka, saya benar-benar tidak peduli tentang penampilan fizikal mereka.
“Saiz badan tidak penting, saya suka semua asalkan mereka boleh membuat saya ketawa.” kata Adele.
Tambahnya, beliau juga minat dan mengagumi lelaki yang boleh memasak serta memberi inspirasi kepadanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: