MARCOS Rojo, Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger antara beberapa pemain yang dikatakan bakal dijual pengendali baharu Manchester United, Jose Mourinho.
Penjualan pemain itu dikatakan bagi mendapatkan dana untuk membeli Paul Pogba yang bernilai £100 juta (RM441 juta).
"Pembelian Pogba menjadi perkara paling utama difikirkan Mourinho setakat ini dan sanggup menjual lapan pemain bintangnya.
"Kelapan-lapan pemain itu juga tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Mourinho musim hadapan berdasarkan persembahan buruk ketika di bawah pengendali terdahulu, Luis van Gaal," memetik laporan sebuah portal berita antarabangsa.
Juan Mata, Daley Blind dan Adnan Januzaj juga dilaporkan turut berada dalam senarai untuk dijual.