Wednesday, July 20, 2016

Mira Filzah Sifatkan Kenyataan Perlekeh PTD Diputar Belit



Mira Filzah menyangkal dakwaan dia memperlekeh pekerjaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD).
PETALING JAYA: Pelakon Mira Filzah menyangkal dakwaan dia memperlekehkan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sebagai terperap di pejabat seperti dilaporkan oleh sebuah blog hiburan pada Selasa.
Mira berkata, temubualnya bersama sebuah majalah baru-baru ini dipetik oleh blog berkenaan telah disalahertikan dan diputar belit sehingga menampakkan dia seolah-olah memperlekehkan kerjaya yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara itu.

"Di sini Mira ingin jelaskan tentang isu 'terperap' yang disalahertikan di sebuah blog dan saya tidak pernah memperlekehkan kerjaya sebagai PTD.

"Malah PTD adalah satu pekerjaan yang mempunyai masa depan cerah selain banyak peluang untuk berkhidmat dalam pelbagai agensi dalam dan luar negara," katanya menerusi kenyataan di Instagram miliknya pada Rabu.
Mira Filzah.
Mira tampil membuat kenyataan berkenaan selepas artikel di blog berkenaan mendapat reaksi negatif daripada petugas PTD selain peminatnya di laman sosial.

Rata-rata tidak berpuas hati dengan kenyataan pelakon itu selain menyangkal tugas seorang PTD hanya terperap di dalam pejabat.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mira berkata, apa yang ingin disampaikan menerusi artikel berkenaan adalah dia tidak suka bekerja dalam waktu pejabat atau waktu yang telah ditentukan dan bukannya ingin memperlekehkan tugas sebagai PTD.

Malah kata Mira, ibunya sendiri pernah memintanya memohon jawatan berkenaan selepas tamat pengajian di universiti namun dia enggan kerana mempunyai minat dalam bidang lain.

"Setiap daripada kita ada keinginan, kesukaan dan minat tersendiri dan begitu juga saya, kadang-kadang ada yang suka kerja pagi, malam atau sampai 24 jam. Itu sahaja.

"Malah, Mak Mira sendiri menggalakkan Mira untuk mohon jawatan PTD sebaik sahaja tamat pengajian. Takkan pula seorang ibu hendak menggalakkan perkara yang tidak baik?

"Saya percaya ramai lagi diluar sana yang mempunyai persamaan seperti saya dan harap kenyataan saya tidak lagi diputar belit selepas ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: