MY Dental Care Sdn Bhd, klinik rawatan pergigian di Malaysia menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya tiga lagi klinik pergigian patuh syariah menjelang penghujung tahun ini.
Pengarahnya, Dr Aslan Bacho berkata, kini syarikatnya baru sahaja membuka satu klinik pergigian patuh syariah yang pertama di negara ini dan satu lagi sedang dalam pembinaan.
“Saya dan beberapa pengarah syarikat boleh dikatakan mahir berkaitan selok-belok kehidupan perkhidmatan kesihatan dalam hal ini klinik perubatan dan klinik pergigian swasta, ingin sesuatu perkhidmatan yang betul-betul berlandaskan syariat.
“Kami menjadikan perkara ini sebagai perjuangan fardu kifayah untuk menerapkan amalan patuh syariah sebagai amalan di klinik kami,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, untuk membuka tiga lagi klinik pergigian itu memerlukan modal sekurang-kurangnya RM1.5 juta.
“Satu klinik memakan kos RM400,000 hingga RM700,000 termasuk kemudahan yang perlu disediakan. Jadi jika tiga lagi maka akan memerlukan kos sehingga RM1.5 juta.
“Kos yang kami gunakan untuk membuka cawangan pertama klinik patuh syariah adalah sebanyak RM350,000,” katanya.
Menurutnya, klinik gigi yang dibuka itu sesuai untuk semua peringkat umur dan satu lagi cawangan yang akan dirasmikan selepas hari raya ini pula akan ada klinik khas untuk kanak-kanak.
“Klinik tersebut akan dibina di Shah Alam yang mempunyai dua tingkat bangunan, di mana tingkat bawah untuk klinik gigi umum, dan di atas pula untuk klinik gigi kanak-kanak,” katanya.
Dr Aslan berkata, sehingga kini, My Dental Care telah memiliki enam klinik termasuk dua klinik patuh syariah yang banyak beroperasi di Lembah Klang dan satu di Muar Johor.
Klinik gigi patuh syariah yang pertama itu telah dirasmikan pada 5 Jun lalu bertempat di Seri Kembangan oleh penceramah terkenal, Dr Zaharuddin Abd Rahman.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: