NUREBERG - JERMAN. Seorang pesara mengejutkan kakitangan muzium selepas dia menyelesaikan sebuah teka silang kata yang sebenarnya adalah sebuah lukisan bernilai ratusan ribu ringgit yang dipamerkan di muzium berkenaan.
Wanita yang berusia 91 tahun itu melihat sebuah karya yang dihasilkan pada tahun 1977 yang dinamakan sebagai "Reading Work Piece" dan menyelesaikan lukisan yang disangkanya adalah teka silang kata.
Karya itu dipinjamkan ke muzium berkenaan dan ia dianggarkan bernilai £67,000 (RM354,581).
Lukisan itu dihasilkan oleh Arthur Kopcke itu kelihatan seperti teka silang kata dengan tempat kosong untuk mengisi huruf termasuk teks yang tertulis "isi perkataan".
Melihat arahan berbahasa Inggeris tertulis pada lukisan berkenaan, pengunjung Muzium Neues Nureberg yang sebahagiannya adalah sekumpulan warga emas berkata, mereka menyangka ia adalah kuiz untuk diselesaikan, lapor Süddeutsche Zeitung yang dipetik Mirror.uk
Wanita itu dilaporkan berkata, pihak muzium seharusnya meletakkan tanda amaran jika mereka tidak mahu pengunjung salah faham dan sekali gus bertindak untuk menyelesaikan teka silang kata berkenaan.
Walaupun muzium dan pihak polis tidak mengesyaki apa-apa niat jahat dengan tindakan warga emas itu, namun siasatan tetap dijalankan bagi tujuan tuntutan insurans.
Muzium ini turut mempamerkan beberapa karya interaktif, kata Gerlinde Knopp yang mengetuai lawatan ini yang mungkin akan menyebabkan timbul kekeliruan itu.