HONG KONG - CHINA. Kira-kira 10,000 panahan petir memancar dan menerangi langit malam di Hong Kong hujung minggu lalu.
Pusat pemerhati negara itu mencatatkan 5,905 panahan kilat tengah malam, kebanyakannya melanda Pulau Lantau serta Wilayah Baharu.
"Suhu yang tinggi Sabtu lalu memudahkan perolakan yang menerbitkan udara panas dari tanah dan seterusnya mewujudkan udara tidak stabil di atmosfera. Ia sekali gus menyediakan mekanisme untuk hujan dan guruh," jelas pegawai pemerhati Tam Yee-ting.
Katanya lagi, bilangan kilat adalah sangat tinggi semasa ribut petir musim panas, lapor Channel News Asia.