WALAUPUN Restoran Malissa Ikan Bakar menyediakan pelbagai jenis masakan panas, menu ikan tilapia bakar dihidangkan bersama laksa dan mihun Siam tetap menjadi pilihan utama.
Pengurusnya, Rizal Mokhtar berkata, sebelum beroperasi pada 1 Mei lalu, beliau berhasrat membawa menu tradisional dari Thailand yang masih asing kepada penduduk daerah ini.
Menyedari hidangan yang baik datangnya dari tukang masak mahir, Rizal menggunakan khidmat tukang masak berpengalaman dari negara gajah putih itu.
“Kami ada pelbagai masakan tetapi ikan tilapia bakar menjadi hidangan utama kerana saya merupakan orang pertama membawanya ke daerah ini.
“Harga dari RM19 hingga RM50 untuk setiap set yang dipanggil ‘mia plapau’ ini agak berpatutan, setakat ini pelanggan menyambut baik,” katanya.
Menurutnya, mia plapau merupakan set ikan tilapia yang disalut garam dan rempah ratus kemudian disalai untuk dihidangkan bersama sayur, laksa dan mihun Siam dan sos khusus.
Katanya, harga bergantung kepada berat ikan dan jika tidak menggemari ikan tilapia, ia boleh diganti dengan ikan siakap atau kerapu.
“Oleh kerana restoran ini beroperasi dari jam 4 petang hingga jam 1 atau 2 pagi, ia menjadi tumpuan ramai untuk berbuka puasa dan bersahur.
“Setiap hari akan ada pelanggan berbuka puasa dengan mia plapau, ada segelintir pelanggan yang pernah menikmatinya di Thailand,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: