KUALA LUMPUR: Pelakon Dira Abu Zahar sudah menjangka status hubungan rumah tangganya dengan pengarah fotografi Helmi Yusof akan dipersoalkan berikutan kedua-dua mereka jarang menunjukkan kebahagiaan di laman sosial.
Dira atau nama sebenarnya, Khaidirah Abu Zahar, 32, berkata, mereka mempunyai pendirian sendiri untuk menjadikan hubungan suami isteri lebih bersifat privasi dan jarang muncul bersama-sama di mana-mana majlis.

"Suami saya tidak suka dikaitkan dengan dunia popular, dia cukup tidak suka kalau media mahu temuramah dia bertanya tentang bagaimana menjadi suami saya sejak awal perkahwinan lagi," ujarnya.
Aktres ini ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media teater muzikal Mencari Sumaiyah di Istana Budaya pada Isnin.
Terdahulu, pelakon drama Dahlia ini dilaporkan sudah bercerai pada awal Ramadan lalu.
Dia juga dikatakan mengalami tekanan hingga dirawat di hospital akibat mengalami tekanan dan kemurungan.
Barisan pelakon teater muzikal Mencari Sumaiyah.
Dira, bagaimanapun, menafikan perkara tersebut dan menganggap ia sekadar salah faham.
"Seperti kenyataan saya sebelum ini, kami hanya gaduh biasa sahaja. Biasalah suami isteri mana tidak bergaduh," ujarnya.
Dira dan Helmi bergelar suami isteri pada 11 November 2011 di Masjid Merlimau Pasir, Mat Yamin Long, Melaka namun belum dikurniakan cahaya mata.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: