Friday, July 1, 2016

Chanyeol Tidak Peduli Komen Negatif Di Instagram




Chanyeol tidak pernah memperdulikan komen negatif diterimanya di laman sosial.
AHLI kumpulan EXO iaitu Chanyeol memberitahu dia tidak pernah mengambil perhatian terhadap komen-komen negatif di laman sosial Instagram peribadinya.
Chanyeol berkata, dia menggunakan laman sosial itu hanya untuk berkomunikasi dengan peminat-peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

"Saya sentiasa melihat Instagram, sejujurnya saya tidak melayan komen-komen negatif yang hanya memberi aura buruk kepada saya.

"Bagaimanapun, saya sentisa memastikan akan berusaha lebih keras untuk berjaya dalam industri, secara tidak langsung menyangkal komen-komen negatif tersebut," ujarnya.

Chanyeol juga baharu sahaja membintangi filem kerjasama dengan China berjudul So I Married an Anti- Fan dan mula ditayangkan ppada 30 Jun 2016.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: