Daily Mail melaporkan Gaga ditahan ketika sedang memandu kereta baharunya jenis Ford F-150 di California apabila kenderaannya tidak mempunyai nombor plat.
Penyanyi lagu Poker Face itu turut menjelaskan situasi berkenaan kepada peminatnya menerusi Twitter.
"Ya benar saya ditahan polis. Ia perkara besar!
"Saya belum menerima nombor plat untuk kereta baharu saya itu dan sebab itu polis menahan saya," katanya.
Menurut Unit Kenderaan California, pemandu akan menerima permit sekiranya mereka membeli kereta baharu atau terpakai sebelum diberikan nombor plat.
Kebiasaannya mereka dibenarkan untuk memandu tanpa nombor plat namun perlu membawa permit sementara sebagai bukti jika ditahan.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Gaga membawa permit berkenaan atau pun tidak.
Terdahulu, Gaga memuat naik gambar di Instagram memberitahu dia akhirnya berjaya memiliki lesen memandu pada usia 30 tahun.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: