JERSEY CITY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita ditahan kerana didakwa mengelak membayar tol dan dia telah melakukan demikian lebih daripada 500 kali.
Jersey Journal melaporkan, polis cuba menghentikan wanita berusia 55 tahun itu, Denise Simien berhampiran Holland Tunnel  selepas mengetahui dia berhutang lebih  $16,000 (RM62, 908) kerana tidak membayar tol dan yuran.
Jurucakap Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey, Joe Pentangelo berkata, wanita itu tidak berhenti dan melalui plaza tol berkenaan tanpa membayar sebelum ditahan berdekatan plaza.
Denise didakwa pada Rabu atas tuduahn kecurian perkhidmatan dan menghalang keadilan.
Dia antara beberapa individu yang turut didakwa mengelak membayar tol $15 (RM59) di Holland Tunnel.
Tidak jelas sama ada wanita itu diwakili peguam untuk memberi menjawab mengenai tuduhan tersebut.