Saturday, December 12, 2015

Kanak-kanak dua tahun tersepit jeriji besi‎



Kanak-kanak dua tahun tersepit jeriji besi‎
Anggota bomba berusaha mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit di jeriji besi.

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kepalanya tersepit di jeriji besi rumah di Kampung Padang Lepar, Kadok Ketereh, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Nik Damia Husna Nik Ahmad, gagal mengeluarkan kepalanya yang tersepit dan terpaksa ditenangkan bapanya.
Bapa kanak-kanak itu mengambil masa hampir 15 minit untuk membantu mangsa menggunakan pelbagai cara namun tidak berjaya dan menghubungi bomba untuk bantuan.
Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata, lima anggota termasuk pegawai yang diketuai Ab Rasyid Yusof dihantar ke lokasi kejadian
"Pihak kita sampai kira-kira jam 5.17 petang dan dengan menggunakan‎ alat khas (spreader) untuk merenggangkan jarak jeriji besi terbabit bomba akhirnya berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu yang mengambil masa hampir tujuh minit.
"Keadaan kanak-kanak itu stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Azmi turut menasihatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak mereka dan mengambil sikap waspada walaupun ketika berada di rumah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: