Gambar viral menunjukkan Saravanan sedang membantu mangsa kemalangan.
PORT DICKSON - Kelibat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan dilihat membantu mangsa kemalangan di kilometer 8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson berhampiran Mambau tengahari tadi menarik perhatian netizen.
Sinar Harian difahamkan, Saravanan sedang dalam perjalanan ke Bukit Pelandok untuk menziarah keluarga Ketua MIC Cawangan Kampung India, N Manikam yang meninggal dunia.
Saravanan dalam laman Facebooknya memberitahu, ketika kejadian dia dalam perjalanan menuju ke Bukit Pelandok melalui Lebuhraya Seremban-Port Dickson terlihat kemalangan dan mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaannya bagi membantu mangsa.
Menurutnya lagi, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengahari itu dan dia bersama rakan-rakannya yang turut dalam perjalanan ke Bukit Pelandok membantu mangsa kemalangan.
“Kesemua mangsa selamat cuma mengalami kecederaan ringan sahaja,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: