Monday, December 28, 2015

Kenapa anda tidak selesa dalam rumah sendiri?




Kenapa anda tidak selesa dalam rumah sendiri?

SETELAH melalui kesibukan di luar sepanjang hari, rumah sudah tentunya menjadi lokasi istirahat paling ideal.

Namun, pelbagai kesalahan berlaku di rumah termasuk reka bentuk dan barang-barang perhiasan yang tidak sepatutnya diletakkan di sudut-sudut tertentu hingga mengganggu suasana rehat anda.

Berikut enam tips yang dipetik dari Kompas.com perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam menghiasi rumah anda.

1.Terlalu banyak bantal

Beberapa bantal memang boleh membuat sofa atau tempat tidur kita terasa lebih selesa namun, kuantiti yang terlalu banyak boleh membuat anda stres.

Bukan setakat bantal-bantal itu akan memakan ruang yang boleh digunakan, malah akhirnya ia hanya akan bersepah di lantai.

2. Kasut di almari

Kajian Calivornia Closets menemukan bahawa 28 peratus wanita melihat almari mereka sebagai ruang paling penting untuk membuat ruangan itu lebih rapi.

Namun, lebih baik menyimpan kasut dengan menggantungkan apatah lagi jika anda memiliki kasut yang sangat banyak.

3. Warna terang

Dinding dengan warna terang m seperti kuning dan merah dapat membuat anda stres.

Pilih warna sesuai untuk membawa keharmonian di dalam rumah seperti biru muda dan putih.

Warna biru secara khususnya dapat menurunkan tekanan darah dan membuat anda lebih mengantuk yang sesuai digunakan di bilik tidur.

4. Terlalu banyak lukisan

Jika anda tertarik pada lukisan, pastikan anda meletakkan pola 60-30-10 iaitu lukisan paling besar mendominasi 60 peratus ruang, lukisan kedua pula 30 peratus ruang dan lukisan ketiga 10 peratus ruang.

5. Rak yang penuh

Mengisi setiap rak rumah anda dengan buku dan gambar sering menambahkan estetika namun ia tidak membuat ruangan itu lebih rapi.

Tambahkan ruang kosong dan pamer beberapa barang yang akan menghasilkan perasaan ghairah ketika melihatnya.

6. Sofa tidak selesa

Sofa yang tidak selesa adalah satu dari lima hal yang membantutkan hasrat anda untuk kembali ke rumah. Pastikan sofa anda tidak hanya kelihatan baik tapi mampu membuat anda merasa santai sejak pertama kali duduk di atasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: